Sunday, April 23, 2006

7 GOLONGAN DAPAT PERLINDUNGAN DI AKHIRAT

Suntingan Majdi bin Zakaria

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: “Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Hadis ini menerangkan tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:


· Pemerintah yang adil kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang berat. Bukan mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyat.

· Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja.Ketika muda juga pelbagai ujian dan godaan ditempuhi.Beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu jika usia muda dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

· Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Menurut hadis, dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikira sedekah.

· Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.Hubungan terjalin di atas dasar bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama dan adab kesopanan adalah hubungan yang menjurus ke arah maksiat. Ikatan kasih sayang dijalinkan sesama manusia mest ikhlas supaya perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

· Orang yang dipujuk oleh perempuan kaya lagi rupawan untuk berzina dengan lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala godaan. Ini bukan mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut akan dosanya.

· Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, menggambarkan keikhlasan hati.
· Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.

Thursday, April 20, 2006

MENYERAHKAN DIRI KEPADA-NYA AKAN BEROLEH PAHALA

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SYEIKH Sya'rawi berkata: Allah s.w.t. menjelaskan bagaimana cita-cita Ahli Kitab yang ingin memurtadkan orang beriman. Hal ini tidak lain tidak bukan semata-mata hasad daripada diri mereka. Seterusnya Allah s.w.t. mahu menjelaskan bagaimana sifat bencinya Ahli Kitab dan berkata: “Sesungguhnya mereka berdasarkan neraca keadilan dan kebenaran yang kami ikutinya iaitu manhaj Allah s.w.t..

Justeru, Allah s.w.t memerintahkan orang beriman supaya thabit dan tetap dengan iman di samping melaksanakan segala taklif syarak. Inilah sebaik-baik penolakan terhadap mereka. Antara taklif syarak itu yang didatangkan Islam mempunyai waktu, masa dan sedikit amalan seperti rukun Islam yang lima.


Justeru, disebut dalam ayat berikut:

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.” Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah: 110 hingga 112)

Firman Allah s.w.t: Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat. Peliharalah dua rukun dan tiang Islam iaitu solat dan zakat serta dekatilahmu kepada-Nya dengan beribadat sama ada bentuk ibadat badaniyah (nisbah kepada jasad) atau maliyah (nisbah kepada harta) dan apa jua yang kamu dahulukan daripada kebaikan untuk diri kamu. Al-Baghawi dalam tafsirnya Ma`alim al-Tanzil berkata: “Ketaatan dan amalan salih. Kamu tentu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.”

Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan. Allah Maha Pemerhati atas segala amalanmu dan akan dibalas pada Hari Akhirat. Demikianlah al-Quran membangkitkan kesedaran kaum Muslimin dan memusatkan (perhatian mereka) kepada sumber bahaya dan komplot jahat (kaum Yahudi) serta menggemblengkan rasa kewaspadaan mereka terhadap niat-niat yang jahat, tipu daya yang licin dan hasad dengki yang keji itu.

Kemudian al-Quran membimbing mereka agar sentiasa bersiap sedia kepada Allah dan menunggu perintah-Nya serta meletakkan tindakan mereka di bawah keizinan-Nya. Sementara menunggu perintah itu, al-Quran menyeru mereka (mengambil sikap) memberi kemaafan dan keampunan untuk menyelamatkan hati mereka daripada hasad dengki dan dendam kesumat.

Kemudian ayat-ayat yang berikut terus mematahkan dakwaan-dakwaan kaum Ahli Kitab Yahudi dan Nasara terutama dakwaan mengatakan bahawa mereka sahaja (umat) yang mendapat hidayat dan syurga Tuhan, tiada orang lain yang akan memasukinya! Tetapi pada waktu yang sama setiap puak Ahli Kitab menentang satu sama lain dan menuduh lawannya sebagai puak yang tidak mempunyai apa-apa pegangan.

Ketika menghuraikan dakwaan-dakwaan kaum Yahudi yang panjang lebar itu, al-Quran menjelaskan hakikat yang sebenar dan memberi kata pemutusnya mengenai (dasar) amalan dan balasan. Kaum Ahli Kitab yang menentang kaum Muslimin di Madinah adalah kaum Yahudi. Ini kerana di sana tidak ada kumpulan kaum Nasara yang mengambil sikap kaum Yahudi. Tetapi nas di sini merupakan satu nas umum yang menghadapi dakwaan-dakwaan golongan itu.

Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani.” Yahudi telah mendakwa bahawa semua golongan tidak berhak masuk syurga kecuali menganut ajaran Yahudi. Begitu juga Kristian mendakwa semua golongan tidak akan masuk syurga kecuali menganut ajaran Kristian. Kaum Yahudi pula mendakwa: “Tidak akan masuk syurga melainkan hanya orang-orang Yahudi sahaja.” Sementara kaum Nasara pula mendakwa:
“Tidak akan masuk syurga melainkan hanya orang-orang Nasara.”

Dakwaan ini tidak berlandaskan sebarang dalil selain daripada dakwaan kosong sahaja. Oleh itu, Allah s.w.t. mengajar Rasulullah s.a.w. mencabar mereka supaya mengemukakan dalil. Ibn Abbas berkata: “Orang Yahudi Madinah dan Kristian Najran bertelingkah di sisi Nabi s.a.w.. Golongan Yahudi mendakwa bahawa orang Kristian tiada apa-apa keistimewaan dan tidak layak masuk syurga kecuali yang menganut ajaran Yahudi dan mengkufurkan dengan Injil dan Isa. Sedangkan dakwaan Kristian pula tidak layak masuk syurga kecuali hanya golongan kristian.

Ini sebenarnya hanyalah angan-angan mereka. Mimpi-mimpi mereka dan khayalan sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bawalah ke mari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, Al-Nasafi dalam Madarik al-Tanzil berkata: “Sila kemukakan hujah kamu atas keistimewaanmu dapat masuk syurga.”
Kepercayaan

“Wahai Muhammad, katakanlah kepada mereka: “Datangkan kepadaku segala bukti yang jelas atas dakwaanmu sekiranya benar.”

Itulah angan-angan mereka. Katakanlah: “Bawalah hujah-hujahmu jika kamu benar.” Di sini al-Quran menjelaskan satu dasar umum daripada dasar-dasar kepercayaan Islam iaitu balasan adalah mengikut amalan tanpa memilih kasih terhadap sesuatu umat, golongan atau individu. (Yang menjadi asas) balasan adalah Islam dan ihsan (menjunjung perintah dengan sebaik-baiknya) bukannya nama dan gelaran.

(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan Al-Alusi berkata dalam Ruh al-Ma’ani: “Ini merupakan penolakan atas dakwaan mereka di samping mengisbatkan daripada apa yang mengandungi penafian masuk syurga di kalangan yang lain.”

Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya), yang dimaksudkan dengan serah diri ialah dengan mengikhlaskan dan maksud wajah. Di sini terdapat dua pendapat:

* Bahawa itu adalah agama.

* Bahawa itu adalah amalan.

Bahkan yang berhak masuk syurga hanya daripada kalangan yang benar-benar menyerah diri, tunduk dan patuh serta mengikhlaskan bagi Allah s.w.t.. Di sini ditonjolkan ciri Islam yang pertama iaitu penyerahan muka (wajah) yang melambangkan penyerahan seluruh diri. Kata-kata aslam bererti penyerahan diri yang mencakupi kedua-dua segi kepercayaan batin dan amalan yang zahir sekali. Namun demikian ia memerlukan bukti yang jelas terhadap penyerahan itu iaitu:

Orang yang beriman membenarkan dan mengikut Rasulullah s.a.w.. Ia menumpukan seluruh dirinya kepada Allah s.w.t. dan memusatkan seluruh perasaannya kepada Allah s.w.t. berbanding dengan orang yang menumpukan dirinya kepada kejahatan dan dosa. Sifat Islam atau penyerahan diri merupakan kesatuan dan persamaan antara perasaan dan tingkah laku, akidah dan amalan, iman hati dan ihsan amali. Dengan kesatuan ini, akidah Islam dapat berubah menjadi satu sistem hidup yang lengkap, dan dengan kesatuan ini juga sahsiah manusia menjadi sepadu dengan segala kegiatan dan haluan hidupnya serta dengan kesatuan itu wajarlah seseorang Mukmin itu menerima seluruh pemberian ini.

Maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka. Al-Samarqandi dalam tafsirnya Bahr al-`Ulum berkata: “Daripada azab ketika takutnya ahli neraka.” Dikatakan juga takut digunakan untuk perkara akan datang. Sedangkan dukacita untuk perkara yang telah lalu.

Begitu juga disebut takut terbahagi kepada tiga:

1. Takut yang berkekalan. Maka sudah tentu menjadi kebaikan bagi orang Islam.

2. Takut azab atas terputusnya boleh membawa keamanan bagi orang yang bertaubat.

3. Takut hari himpunan dan perhitungan. Menjadi keamanan bagi orang yang berihsan.
Dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Hanya bagi mereka pahala amalan dan tidak berasa takut pada hari akhirat. Begitu juga dukacita atau keluh kesah, sebaliknya mereka mendapat nikmat yang berkekalan. Sebelum ini al-Quran telah pun menjelaskan dasar ini dari segi hukuman sebagai menjawab dakwaan mereka (kaum Yahudi) yang mendakwa: “Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu sahaja.”
Dekatilah diri kepada Allah semoga kita sentiasa berada dalam rahmatnya yang berlipat ganda amii.....

Tuesday, April 18, 2006

SAMBUT MAULID NABI TAPI TAK IKUT NABI (PENIPU BESAR)

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. tetapi tidak mengikut ajaran yang dibawanya adalah penipu besar.

Beliau berkata, adalah menjadi kewajipan umat Islam menjadi pengikut seluruh ajaran Rasulullah s.a.w. sehingga kiamat.

Dengan itu, katanya barulah sambutan kelahiran Rasulullah s.a.w. bererti dan memberi makna.Jelasnya, kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu keistimewaan kerana menjadi nabi akhir zaman.

Menurutnya, Allah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku kepada manusia di akhir zaman, maka al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah petunjuk yang paling sesuai di zaman ini.

Beliau berkata, umat Islam tidak disuruh menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. kerana tiada dalil daripada al-Quran mahupun hadis untuk tujuan itu. Malah, katanya kelahiran Nabi s.a.w. tidak disambut oleh para sahabat.

“Apa yang wajib ialah kita menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. yang setia dan berpegang kepada ajarannya, beramal dengan sunahnya dan mengikut sehingga hari kiamat,” ujarnya.

Ini, katanya kerana walaupun Rasulullah s.a.w. telah wafat tetapi ajarannya berlangsung sehingga kiamat.
“Sekiranya sekadar menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. tetapi tidak mengikut ajarannya, maka menjadi penipu besar,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh umat Islam supaya menjadi umat yang menyambut dan bersyukur dengan kelahiran Rasulullah s.a.w. dan beramal dengan ajarannya serta menyambung perjuangannya sehingga kiamat.“Bukan menjadi penipu besar yang hanya menyambut kelahiran Nabi s.a.w., selepas itu menyeleweng daripada petunjuk dan ajaran yang dibawa olehnya,” katanya

Saturday, April 15, 2006

PERINGATAN –PERINGATAN RINGKAS


ADAB KETIKA SOLAT

عن سهل بن سعد, قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من نابه شيء فى صلاته, فليٍُِسبِّهْ, فإنما التَّصفيقُ للنساء

Terjemahan : sesiapa yang dipanggil ketika sedang bersolat, maka bertasbihlah,dan tepuk tangan (sekali tepuk) bagi kaum wanita.

KISAH APRIL FOOL

Kisah april fool ini bermula ketika kejatuhan penduduk islam.Pada zaman dahulu,penduduk-penduduk islam terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri DARI Tentera Kristian.Penduduk2 muslimin ini diberitahu mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat dengan menggunakan kapal yg berlabuh di pelabuhan . Keesokan harinya, ‘1 April’,mereka menuju ke pelabuhan dan pihak kristian menggeladah rumah penduduk islam itu.Pihak Kristian mulalah menyerang kaum muslimin dan membunuh kesemua penduduk Islam.Peristiwa berdarah yg menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera kristian.kejadian ini akhirnya diraikan bukan sahaja di Sepanyol tetapi di serata dunia Yg menyedihkan,orang-orang Islam ada juga yg meraikan.


ADAB KETIKA MENGUAP

عن أبي سعيد الخدري, قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا تثاءب أحدكم فليُكْظِم ما الستطاع, فإن الشيطان يدخل. رواه مسلم

Apabila menguap diantara kamu, maka tahanlah semampu yang boleh,kerana tatkala itu syaitan akan memasuki.
UCAPKAN AMIN

عن أبي هريرة, قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا أمن الإمام فأمنوا, فإنه من وافق تأمينه تأمين الملإكة ,غُفر له ما تقدم من ذنبه. – متفق عليه

Apabila imam menucapkan “amin” maka berkatalah kamu “amiiin” kerana sesungguhnya barangsiapa yang menugcapkan “amin” tatkala imam mengucapkan “amin” maka ucapan itu bersama dgn ucapan “amin” para malaikat..diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.

BAHAYA PUTUS SILATURRAHIM

لا يدخل الجنة قاطع الرحيم

Tidak masuk syurga bagi sesiapa yang memustuskan silaturrahim.

WANITA KE MASJID

عن ابن عمر , قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم : إذا استأذنت إمرأة أحدكم إلى المسجد فلا يمنعها. – متفق عليه
Apabila seseorang dari wanita kamu meminta utk ke masjid..maka jangan kamu menghalangi nya / (melarang)

ADAB BERSAHABAT
عن أنس رضى الله عنه قال, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والديه وولده والناس أجمعين.—متفق عليه

Bersabda rasul sallallahu alaihi wasallam : Tidak beriman seseorang diantara kamu.. sehinggalah aku dicintai lebih daripada bapanya dan anaknya dan manusia sekaliannya.

IBADAH MATA


RASULULLAH s.a.w. dalam sebuah hadis pernah bersabda bermaksud: “Kamu berikanlah peruntukan ibadat untuk mata kamu. Sahabat bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apa dia peruntukan ibadah untuk mata?’ Baginda menjawab: ‘Peruntukan ibadah mata ialah memandang mushaf (al-Quran), memikirkan kandungannya dan mengambil iktibar daripada keajaibannya’.” (Riwayat Abu Said al-Khudri)

TANDA-TANDA MUNAFIK

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أية المنافق ثلاث :إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان
Tanda-tanda orang munafiq itu tiga perkara : 1)apabila dioa berbicara dia menipu 2)apbila dia berjanji dia tidak tepati 3)apabila dia diberi amanah dia khianati

Wednesday, April 12, 2006

YAHUDI MENGINGKARI RASULULLAH KERANA DENGKI

Oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Syeikh Sya'rawi berkata: “Ayat yang mulia ini mengandungi peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas Peperangan Uhud. Dalam Peperangan Uhud, Rasulullah s.a.w. telah meminta kumpulan pemanah yang ditempatkan di sebuah bukit kecil supaya jangan turun sama ada orang Islam menang atau kalah.”

Tetapi tatkala kemenangan hampir menjelma pada peringkat awal, sebahagian golongan pemanah terlupa arahan Rasulullah s.a.w. itu dan ingin menyertai rakan taulannya memungut harta ghanimah. Ini mengakibatkan mereka mengalami kekalahan. Walaupun begitu, golongan kuffar tidak mampu mentahqiqkan kemenangan yang mutlak iaitu menjajah kota Madinah dan kekal di sana. Sebaliknya mereka pulang ke Mekah.

Apabila orang Islam ingin mencabar untuk kali kedua, mereka mendapati tiada orang. Dalam situasi seperti ini, orang Yahudi Madinah ingin mengambil kesempatan dengan cuba memujuk sahabat Nabi seperti Huzaifah bin al-Yaman, Tariq bin Yasir dan lain-lain. Tetapi mereka tidak berjaya. Dengan tegas mereka menjawab dan menolak pujukan tersebut.

Antara lain kata `Ammar dalam jawapannya, “Sesungguhnya aku beriman dengan Allah sebagai Tuhan, aku beriman dengan Muhammad sebagai Rasul, aku beriman dengan Kitab sebagai penghulu, aku beriman dengan Kaabah sebagai kiblat, aku beriman bahawa seluruh orang beriman sebagai saudara dan sentiasalah aku dalam keadaan ini selama mana nyawa dikandung badan.” Rasulullah s.a.w. amat gembira dengan sikap mereka yang beriman.

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.).

Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah: 109)

Firman Allah, banyak di antara, betapa seninya ta'bir al-Quran apabila mengungkapkan min yang memberi makna sebahagian. Seolah-olah menyatakan sebahagian sahaja di kalangan mereka yang ingin memurtadkan orang beriman dari agama mereka.

Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) iaitu terlalu banyak cita-cita dan angan-angan di kalangan Yahudi dan Kristian. Sebab turunnya ayat ini seperti mana kata Ibn al-Jauzi dalam kitabnya Zad al-Masir, “Bahawa Huyai bin Akhtab dan Abu Yasir, kedua-duanya bersungguh menghalang manusia daripada memeluk Islam. Lantas turunnya ayat ini.” Inilah pendapat Ibn Abbas.

Al-Samarqandi dalam tafsirnya yang dikenali dengan Bahr al-`Ulum menyebut, ayat ini diturunkan tatkala orang Islam diuji dalam Peperangan Uhud, golongan Yahudi mengambil kesempatan memujuk Ammar bin Yasir dan Huzaifah bin al-Yaman seraya berkata: “Kamu telah terkena bala dan musibah. Justeru, eloklah kamu kembali kepada kami yang jauh lebih baik bagimu.” Lantas turunnya ayat ini. Inilah juga pendapat Muqatil.

Bahawa Ka`ab bin al-Asyraf telah memaki Nabi s.a.w di samping mengajak dan menyeru kepada golongan kafir Quraisy dalam bentuk syairnya menentang Rasulullah s.a.w.. Golongan musyrikin dan Yahudi Madinah menyakiti Rasulullah ketika mula datangnya hijrah tetapi Nabi s.a.w. menyuruh supaya mengabaikan mereka. Kemudian turunnya ayat ini. Inilah pendapat Abdullah bin Ka`ab bin Malik.


Adapun makna wadda ialah suka dan bercita-cita sedangkan maksud Ahli Kitab ialah golongan Yahudi. Suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman. Kalaulah mereka dapat menukarkanmu menjadi kufur selepas kamu beriman kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri Ini kerana sifat hasad mereka terhadapmu membawa mereka bernafsu jahat. Hal ini kerana hasad manusia tidak berlaku kecuali dirinya sendiri. Dan maknanya kasih sayang mereka atau sukanya mereka supaya kamu kufur. Ini daripada diri mereka. Bukan kebenaran. Dan makna hasad ialah suka supaya hilangnya nikmat daripada orang yang dihasad sekalipun penghasad tidak mendapatnya. Betapa bahayanya sifat ini disebut di dalam banyak kitab.
Antaranya kitab Tanbih al-Ghafilin oleh al-Samarqandi, meriwayatkan daripada al-Hasan, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api memakan kayu.”

Daripada Abd al-Rahman bin Mu`awiyah berkata, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tiga jenis sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun prasangka buruk, hasad dan takut sial kerana sesuatu.” Lalu ditanya: Wahai Rasulullah, bagaimana untuk selamat daripada semua itu? Jawab Nabi s.a.w.: “Jika kamu hasad maka jangan kamu lanjutkan. Dan jika menyangka maka jangan kamu buktikan (jangan kamu cari-cari kenyataannya). Dan jika merasa takut dari sesuatu, maka teruskanlah (jangan mundur). Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kamu lahirkan dalam amal perbuatanmu, sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah memaafkan selama mana belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika suu' zan maka jangan kamu buktikan, jangan berusaha menyelidiki untuk mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was dalam hati, maka teruskan hajatmu dan jangan mundur.”

BENCI-MEMBENCI


Daripada Abu Hurairah berkata, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan benci-membenci dan jangan hasad-menghasad, dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain, dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara.”

SETERUSNYA NASIHAT-NASIHAT SAHABAT DAN ULAMA:

Mu`awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya, “wahai anak, hati-hatilah (awaslah) daripada hasad dengki kerana itu akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu.”
Abu al-Laith al-Samarqandi berkata: “tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasad, sebab penghasad itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasad.”


1. Risau hati yang tidak putus-putus.


2. Bala yang tidak berpahala.

3. Tercela yang tidak baik.

4. Dimurkai Tuhan.

5. Tertutup padanya pintu taufik.”

Malik bin Dinar berkata, “saya dapat menerima persaksian orang qurra' terhadap siapapun, tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurra', sebab di antara mereka ada rasa iri hati dan hasad-menghasad.”
Al-Ahnaf bin Qays berkata, “orang hasad tidak dapat senang, orang bakhil tidak berbudi, tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu, tidak ada kemanusiaan bagi pendusta, tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).”

Seorang hakim (cendekiawan) berkata, “belum pernah saya melihat seseorang pun zalim menyerupai orang yang dianiayai daripada penghasad.”

Muhammad bin Sirin bertanya, “saya tidak dapat menghasad orang atas sesuatu daripada dunia, jika dia ahli syurga, maka bagaimana saya akan iri hati padahal dia ahli syurga, dan jika dia ahli neraka maka untuk apa hasad terhadap orang yang bakal masuk ke neraka.”

Al-Hasan al-Basri berkata, “hai anak Adam, mengapakah kamu iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah memberi sesuatu kepada orang yang kamu hasad itu kerana kemuliaannya di sisi Allah, maka untuk apakah kamu hasad kepada orang yang dimuliakan, jika tidak demikian maka untuk apakah kamu hasad kepada orang-orang yang akan masuk neraka.”

Abu al-Laith al-Samarqandi berkata, “tiga jenis orang yang tidak akan diterima doanya.

1. Orang yang makan sesuatu yang haram.

2. Orang yang suka ghibah (menceritakan keburukan orang).

3. Siapa yang dalam hatinya ada hasad dengki atau iri hati terhadap kaum Muslimin.”

Sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w.). Selepas daripada zahir segala bukti yang kukuh bahawa agamamu adalah yang sebenarnya. Itulah pengaruh hasad dengki di jiwa mereka. Ia menimbulkan keinginan merampas kebaikan orang lain. Mengapa? Mereka berbuat demikian bukan kerana jiwa mereka yang jahat itu tidak mengetahui tetapi mereka berbuat begitu kerana mereka benar-benar mengetahui. Hasad dengki ialah perasaan hitam yang hina yang melimpah dalam jiwa kaum Yahudi terhadap Islam dan kaum muslimin dan perasaan ini masih terus melimpah. Perasaan inilah yang melahirkan semua komplot dan perancangan-perancangan jahat kaum Yahudi yang berterusan.

Al-Quran mendedahkan motif hasad ini kepada kaum Muslimin supaya mereka tahu dan menyedari bahawa hasad dengki itulah punca yang wujud di belakang setiap usaha kaum Yahudi yang mahu menggugat akidah dalam jiwa mereka dan mengembalikan mereka selepas itu kepada kekufuran seperti mereka, sedangkan kaum Muslimin telah diselamatkan Allah daripada kekufuran dengan keimanan. Oleh kerana itu Allah menganugerahkan kepada mereka sebesar-besar kurnia dan semulia-mulia nikmat yang dicemburui oleh kaum Yahudi. Di sini, di saat terdedahnya hakikat ini dan ketaranya niat jahat dan hasad dengki yang hina ini .
al-Quran menyeru orang yang beriman supaya jangan membalas hasad dengki mereka dengan hasad dengki juga, kejahatan mereka dengan kejahatan yang setimpal, ia menyeru mereka supaya memberi kemaafan kepada mereka sehingga diputuskan Allah pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.

Akhir kata daripada penyunting bahawa sifat-sifat orang yang dengki adalalah yang tidak baik dan tidak perlu bagi kita sesama ummat islam, kerana yang demikian itu boleh membawa kepada kehancuran yang sangat bahaya dan boleh melemahkan ummat islam itu sendiri. Ini lah penyakit paling bahaya bagi ummat islam. Oleh kerana itu hendaklah kita sentiasa berdamai antara satu sama lain untuk melahirkan ummat yang menjadi contoh pada ummat yang lain.
.

Tuesday, April 11, 2006

SAMBUNGAN......... MENGASIHI RASULULLAH

Malah, orang yang benar-benar mengasihi Nabi s.a.w. akan mendahulukan dan mengutamakan syariat baginda daripada dorongan kehendak dan nafsunya sendiri. Situasi ini telah dibuktikan dengan pengorbanan yang cukup besar oleh orang-orang Ansar terhadap saudara seagama mereka iaitu orang-orang Muhajirin.
Allah merakamkan peristiwa ini dalam firman-Nya: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat memerlukan.” (Al-Hasyr: 9)

Kedua: Mereka yang mencintai Nabi s.a.w. akan sentiasa melazimkan diri mengingati dan menyebut selawat ke atas baginda. Selawat kepada Rasulullah s.a.w. merupakan ungkapan kerinduan serta luahan rasa cinta kasih seorang umat kepada baginda. Islam memberi ganjaran yang lumayan kepada orang yang banyak mengucapkan selawat ke atas Rasulullah kerana baginda menjanjikan 10 kali ganda balasan rahmat daripada Allah kepada mereka yang berselawat ke atas baginda.
Firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Memperbanyakkan selawat ke atas baginda adalah perkara sunat yang menjadi bukti betapa kasihnya seorang umat kepada Rasulnya. Tatkala kita mendengar nama baginda, maka sunat bagi kita menyebutkan selawat ke atas Rasulullah. Baginda sendiri menjelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim bahawa sesiapa yang berselawat ke atas baginda sekali, maka akan diganjarkan kepada mereka yang berselawat itu dengan 10 ganjaran.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w. lalu dia berkata, “Wahai Rasulullah, bilakah akan berlaku hari kiamat?” Jawab baginda, “Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapi hari kiamat?” Jawab lelaki itu, “Aku tidak bersedia menghadapinya dengan banyak melakukan sembahyang, berpuasa (puasa sunat) atau bersedekah, tetapi aku amat kasih akan Allah dan Rasul-Nya.” Maka sabda baginda, “Engkau akan bersama dengan yang engkau kasihi.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Ketiga: Antara tanda orang yang mencintai baginda ialah membenci apa yang dibenci oleh Rasul-Nya, memusuhi orang yang memusuhinya, menentang mereka yang menyalahi sunahnya dan melakukan perkara bid’ah dalam agamanya serta memandang berat terhadap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.

Allah s.w.t. menjelaskan dalam firman-Nya: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang perintah Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka atau kaum keluarga mereka sendiri. (Al-Mujadalah: 22)

‘Mereka’ yang dimaksudkan dalam tafsiran ayat di atas ialah sahabat-sahabat baginda yang telah membunuh orang yang mereka kasihi (bapa, bapa saudara, saudara kandung dan ahli keluarga) dalam peperangan fi sabilillah kerana keingkaran yang jelas terhadap Islam serta penentangan mereka yang keras terhadap dakwah Rasulullah. Para sahabat Rasulullah melakukan semua ini semata-mata kasih kepada baginda dan mengharapkan keredaan Allah.

Ibnu Abbas menyatakan, antara sahabat baginda yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah Abu Ubaidah yang telah membunuh bapanya dan Mus’ab ibnu ‘Umair yang telah membunuh saudaranya dalam peperangan Uhud. Saidina Ali dan sahabat-sahabat yang lain sanggup membunuh ahli keluarga mereka, manakala Saidina Umar sanggup membunuh bapa saudaranya Al-‘As ibnu Hisyam dalam peperangan Badar. Kesemua mereka yang terbunuh ini adalah kaum keluarga para sahabat yang mengingkari perintah Allah serta melancarkan perang terhadap Rasulullah dan umat Islam.

Keempat: Mengasihi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah dan dengannya manusia mendapat petunjuk. Baginda sendiri mengikuti petunjuk al-Quran sehingga isteri baginda Aisyah r.a. mengungkapkan bahawa ‘akhlak baginda adalah al-Quran’. Tanda kita kasih terhadap al-Quran ialah dengan membacanya, beramal dengannya, memahami tafsiran dan tuntutannya, menjunjung suruhannya serta meninggalkan larangannya.
Firman Allah yang bermaksud, Dan apa juga perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua larangan daripada kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. (al-Hasyr: 7)

Adalah menjadi kewajipan terhadap umat baginda yang kasih dan sayang terhadap baginda untuk sama-sama memelihara akidah, mendaulatkan dakwah, menghidupkan syariat dan sunah baginda secara syumul. Syariat dan sunah Rasulullah perlu diterima secara mutlak dan perlu dilaksanakan sewajarnya tanpa sebarang alasan dangkal atau sebab-sebab yang tidak sepatutnya (yang hanya berpandukan logik akal semata-mata). Jika semua ini dapat kita laksanakan sambil mengharapkan keredaan Allah, ini bermakna kita telah memiliki tanda-tanda orang yang kasih dan cinta kepada baginda.
Sesungguhnya telah jelas kepada kita bahawa Rasulullah adalah insan yang paling layak dan wajib dikasihi dengan sebenar-benarnya di sisi syarak.

MENGASIHI RASULULLAH

Oleh MAZLAN ZAINOL

KETAHUILAH bahawa manusia yang mengasihi seseorang insan akan mengutamakan insan yang dikasihinya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Malah, ada kalanya dia mengasihi insan itu melebihi rasa kasih terhadap dirinya sendiri. Hal ini boleh kita perhatikan terhadap peribadi para sahabat Nabi s.a.w. yang sanggup berkorban apa sahaja, sama ada harta benda, masa, tenaga hatta nyawa mereka sendiri demi mempertahankan diri Rasulullah s.a.w. serta maruah Islam daripada diperlekehkan oleh musuh-musuh Allah.

Sudah jelas kepada kita bahawa mencintai Rasulullah s.a.w. adalah kewajipan mutlak yang menjadi tuntutan kepada setiap muslim. Kewajipan ini meliputi tuntutan menyemai rasa kasih kepada baginda, membesarkan kedudukan baginda, menentang penghinaan atau cercaan terhadap baginda, dan menzahirkan bukti mencintai baginda dalam setiap gerak kehidupan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Nasa’i)

Orang-orang yang benar-benar mengasihi dan mencintai Rasulullah s.a.w. akan sentiasa menzahirkan pernyataan kasih sayang tersebut dalam segenap dimensi kehidupan mereka. Seorang ulama besar al-Imam al-Qhadi ‘Iyadh al-Yahsubi telah menyenaraikan dalam kitabnya, Al-Syifa’ bi al-Ta’rif Huquq al-Mustafa, tentang tanda-tanda, bukti atau dalil bagi orang-orang yang mencintai Rasulullah s.a.w. Penzahiran cinta kasih, rindu dan sayang kepada baginda akan terserlah dalam diri individu Muslim itu berdasarkan tanda-tanda berikut:

Pertama: Mengikuti deen (agama dan cara hidup) Rasulullah s.a.w., mengamalkan sunah baginda, mematuhi perkataan dan perbuatannya dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Sentiasa mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah dalam segala keadaan, sama ada ketika susah ataupun sena

Sunday, April 09, 2006

SELAMAT MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PADA KAUM MUSLIMIN DAN JUGA MUSLIMAT


JADILAH SAMBUTAN KALI INI DAPAT KITA BERMUHASABAH SEJAUH MANA KITA MENCINTAI RASUL KITA NABI MUHAMMAD SALLAHU A"LAIHI WASSALAM

MAKNA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Mencanai makna sambutan Maulidur Rasul
Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

SEJAK kedatangan Islam ke Tanah Melayu lebih 700 tahun lalu, sambutan Maulidur Rasul telah begitu sebati terbudaya dalam kerangka masyarakat Melayu. Alunan selawat, marhaban, qasidah dan lagu-lagu rakyat yang penuh dengan ungkapan puji-pujian terhadap kebesaran peribadi Nabi diiringi paluan kompang, rebana dan alat-alat muzik tradisional lain sering kali mewarnai majlis-majlis keraian.

Begitulah hebatnya upacara Maulidur Rasul yang dirayakan umat Melayu sejak berabad-abad lamanya. Namun dewasa ini telah mula kedengaran suara-suara sinis dan skeptis mempertikaikan amalan tradisi ini. Walau apa pun hujah yang diberikan, hakikat yang tidak dapat dinafikan, acara Maulidur Rasul inilah yang telah berjaya menyuburkan perasaan cinta mendalam terhadap Nabi di kalangan umat Melayu sejak dulu lagi.

Malah kecintaan ini turut dimanifestasikan dalam bentuk amalan harian hinggakan pembudayaan nilai-nilai nabawi ini turut menjadi asas penting pembentukan tamadun Melayu yang gemilang suatu ketika dulu.

Tidak sukar mencari bukti dalam hal ini. Melayu sebelum datangnya Islam dinukilkan sejarawan sebagai bangsa primitif yang kuat ditunjangi tradisi jiwa hamba dalam sistem nilai feudalisme Melayu-Hindu. Namun, kedatangan Islam telah berjaya merobah jiwa dan peribadi umat Melayu. Islam membebaskan mereka daripada dibelenggu amalan diskriminatif budaya kasta kepada ketinggian dan persamaan martabat insan yang menjadi teras ajaran Islam.

Penghayatan tuntas nilai-nilai nabawi inilah yang berjaya membina watak-watak baru bangsa Melayu berjiwa merdeka, beramanah, berbudaya ilmu, berfikiran dinamik, berdaya saing, berperikemanusiaan dan berdaya juang yang menghirup roh jihad yang menjadi asas kekuatan tamadun Islam berkurun lamanya. Semuanya mengambil pengajaran daripada keperibadian dan perjuangan luhur Nabi Muhammad s.a.w.

Umat Melayu memanifestasikan nilai-nilai nabawi dalam pelbagai peristiwa, daripada membangunkan tamadun Melayu Melaka dan Johor-Riau yang begitu gah dan disegani seantero dunia hinggalah kepada siri-siri kebangkitan menentang penjajahan sejak abad ke-16 lagi. Malah, semangat yang tercetus daripada nilai-nilai nabawi inilah memungkinkan bangsa Melayu bangkit secara berterusan tanpa pernah mengaku kalah pada abad-abad selepasnya dalam gerakan penentangan terhadap penjajahan.

Bagaimanapun, era penjajahan lebih 450 tahun lamanya telah juga berjaya merobek jati diri Melayu Islam hingga tertanam sejenis penyakit jiwa, iaitu jiwa hamba atau jiwa penjajah di kalangan umat kita. Pendidikan dan pembudayaan penjajah telah melahirkan kelompok peribumi pemuja dan pengagum Barat. Ini dapat dilihat daripada keangkuhan segelintir yang begitu menyanjungi sistem nilai dan budaya Barat seolah-olah gaya hidup Barat saja yang menyerlahkan kemodenan dan kemajuan hakiki. Manakala gaya hidup Melayu yang subur dengan identiti keislamannya semakin terpinggir dan dipandang sepi.

Keghairahan menyanjungi Barat sering kali menjerumus umat Melayu kepada krisis budaya yang parah hingga merebak dan mengakar dalam pelbagai sektor termasuklah sektor korporat. Budaya korporat ala-Barat yang sarat dengan nilai keborosan, kerakusan kepada harta dan sikap mementingkan diri sendiri turut membiak di kalangan usahawan Melayu kini.

Keghairahan untuk mengaut keuntungan maksimum tanpa batasan yang menerasi orientasi korporat Barat nukilan Adam Smith dan Milton Friedman sering kali mendorong pelbagai tingkah dan olah korporat yang tidak beretika. Natijahnya lahirlah manusia-manusia rakus, boros, lupa daratan, khianat dan sombong memperagakan gaya hidup materialistik dan individualistik melampau dalam masyarakat kita. Gaya hidup sedemikianlah yang akhirnya menjerumus umat kepada pelbagai penyakit sosial seperti rasuah, pecah amanah, tidak beretika dan masalah-masalah moral lain yang begitu asing dalam kerangka Melayu-Islam sebelumnya.

Sikap mempertuhankan harta dan mengagungkan kuasa jugalah yang menjadi punca berlakunya ketidakseimbangan ekonomi dan pengagihan kekayaan dalam dunia global hari ini.

Malah fenomena ketirisan dalam agenda pembangunan dan ekonomi negara sebagaimana yang diungkap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Misi Nasional baru-baru ini juga adalah berkait rapat dengan kecelaruan moral dan pendangkalan nilai yang semakin menular di kalangan usahawan Melayu. Krisis moral dan etika yang menggejala dalam masyarakat Melayu turut menyumbang kegagalan Dasar Ekonomi Baru mencapai 30 peratus pegangan ekuiti Melayu.

Memahami realiti inilah, maka umat Melayu perlu kembali menjiwai nilai-nilai nabawi yang mengakar dalam budaya Melayu suatu ketika dulu. Keupayaan menjiwai dan mengamalkan nilai-nilai dan prinsip nabawi sahajalah yang mampu menjelmakan semula suatu bangsa yang kuat dan disegani. Kegagalan membudayakannya pula hanya menuntun kepada kebinasaan dan kebobrokan bangsa.

Justeru majlis sambutan Maulidur Rasul masih relevan dalam budaya Melayu yang mempunyai kepentingannya tersendiri untuk terus disambut. Namun sambutan Maulidur Rasul perlu diberikan makna dan peranan. Ia tidak sekadar menjadi upacara tradisi yang bersifat ritual tanpa makna mahupun pesta rutin tahunan riuh-rendah tanpa arah.

Sebaliknya sambutan Maulidur Rasul seharusnya menjadi budaya baru yang disambut setiap tahun untuk memperbaharuhi tekad dan iltizam demi meningkatkan lagi penghayatan nila-nilai nabawi dalam kehidupan. Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini menjadi titik tolak ke arah memperkasa jati diri dan mengangkat martabat Melayu berasaskan prinsip dan aturan Islam sejati sekali gus merealisasikan Misi Nasional negara.

* Penulis ialah Pensyarah Kulliyyah, Ekonomi dan Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa.

CINTAKAN RASUL


Mengapa mencintai Rasulullah?
Oleh: MOHD. SHAUKI ABD. MAJID
DALAM merayakan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan suatu detik yang bersejarah dalam peradaban umat manusia, para fukaha ahli sunnah mengkategorikan tradisi perayaan Maulidur Rasul ini sebagai bidaah hasanah atau pun bidaah idhafi, yang membawa maksud suruhan allah untuk mengingati rasul itu ada tetapi cara ataupun kaifiahnya itu tidak ada. Demikian juga praktik perayaan Maulidur Rasul di negara kita telah menjadi tradisi yang mengakar dan dihormati serta mendapat dukungan daripada para ulama dan cendekiawan Muslim setempat.

Demikian juga perayaan Maulidur Rasul di negara Islam lain tidak kurang hebatnya. Di Mesir, utara Iraq, Turki, Afrika Utara, China, Iran, dan Maghribi perayaan Maulidur Rasul disambut dengan meriah dan diisi dengan khutbah dan pembacaan syair-syair tentang kemuliaan Rasulullah. Perayaan ini disambut bagi mengingatkan peri pentingnya menjaga semangat keislaman dan kecintaan pada Nabi agar dapat terpelihara dan kukuh dalam sanubari umat Islam di bawah tekanan modenisasi dan propaganda sekularisme.

Penulis teringat kisah pada akhir tahun 1920-an, tuan guru Haji Abdul Rahman Selehor (datuk penulis), iaitu tokoh ulama dari Tumpat Kelantan, pernah dikritik hebat oleh akhbar-akhbar perdana pada waktu itu kerana mempelopori perayaan Maulidur Rasul secara besar-besaran. Hal demikian itu, kerana bagi sesetengah pihak perbuatan ini satu bidaah dan sesat. Kononnya, ia dianggap satu perkara yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Sebenarnya perayaan Maulidur Rasul adalah hal yang amat digalakkan sebagai wadah bagi melahirkan kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah? Kerana baginda sememangnya wajar untuk dicintai. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud:

Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya – (surah an-Nisa’: ayat 69).

Kita tidak mempertuhankan baginda. Kita hanya mengatakan bahawa baginda seorang hamba Allah dan Rasul-Nya. Kewajipan umat baginda hanyalah mengarahkan perhatian kepada baginda dan mengikutinya dengan sebaik-baiknya. Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin dan kepimpinannya itu hanyalah bagi orang yang menginginkannya. Baginda adalah pemimpin bagi orang-orang yang taat, benar dan ikhlas serta pemimpin bagi para wali (kekasih) Allah.

Baginda pernah bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu seperti orang-orang Nasrani yang menganggap nabi mereka, Nabi Isa putera Mariam sebagai Tuhan atau anak Tuhan. Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan Rasul-Nya.
Justeru, mencintai Rasulullah menjadi suatu keharusan dalam konteks iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan suka atau tidak suka. Seorang Muslim perlu menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekalipun. Idealnya, mencintai Rasulullah lebih daripada segala sesuatu yang dia miliki, bahkan dirinya sekalipun. Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna. Sabda Nabi yang bermaksud: Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih dia cintai daripada dirinya sendiri.

Meskipun begitu, terdapat juga beberapa mazhab yang menentang adanya perayaan serupa itu. Salah satu mazhab yang menentang perayaan Maulidur Rasul itu adalah kaum Kharaji di Oman. Namun para fukaha besar seperti Ibnu Hajar, al-Nawawi, al-Syaukani serta para ulama ortodoks lainnya dalam karya-karya mereka menegaskan bahawa perlunya perayaan Maulidur Rasul disambut oleh setiap orang Muslim.

Kaum ulama mazhab Sunni (kaum salafi) keturunan mazhab Hambali sentiasa berada pada barisan depan dalam mempromosikan perayaan-perayaan Islam di pelbagai tempat. Contohnya, Ibnu Taimiyah, seorang ulama Syria abad pertengahan, memberi pandangan: “Merayakan dan memberi rasa hormat kepada kelahiran Rasulullah dan memandangnya saat yang bersejarah sebagaimana yang dilakukan saudara Muslim kita adalah suatu perbuatan positif. Di dalam perbuatan itu terkandung ganjaran yang besar di sisi Allah kerana niat tulus dan ikhlas mereka menghormati Nabi Muhammad.”

Dalam tradisi kaum salaf, para salaf al-shalih ini telah menghasilkan karya-karya apresiatif atau berbentuk penghargaan terhadap perayaan Maulidur Rasul yang secara khusus dibicara di hadapan umat Islam pada setiap kali perayaan itu. Salah satu di antaranya ialah karya Ibnu Katsir berjudul Maulidur yang dianggap terbaik di antara karya-karya kaum salaf itu. Karya Ibnu Katsir itu terkenal di kalangan kaum Muslimin di seluruh dunia. Mufasir besar ini memulakan maulidnya dengan mengatakan: “malam kelahiran Nabi agung itu adalah suatu malam yang penuh berkat, penuh kesakralan, kemuliaan, keagungan. Dan malam itu juga merupakan malam yang sinar cahaya dan malam yang tidak ternilai harganya bagi para pengikut setia Muhammad.”

Imam al-Bukhari menyebutkan, daripada Ka’ab bin ‘Ajrah yang berkata bahawa Nabi ditanya:
“Ya Rasulullah, salam kepada tuan telah kami ketahui, namun bagaimana dengan selawat?” Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kamu, ‘Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa’ali Muhammad.”

Abu Sa’id al-Khudri berkata, “Ya Rasulullah, ini adalah salam, namun bagaimana kami mengucapkan selawat kepada tuan?” Rasulullah menjawab, “Katakanlah oleh kamu ‘Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa‘ali Muhammad.”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kepadanya, dan berilah salam dengan bersungguh-sungguh – (surah al-Ahzab: 56).

Imam al-Bukhari menyatakan di dalam sahihnya pada bahagian al-Tafsir, bahawa menurut Abu al-‘Aliyah, maksud selawat daripada Allah itu adalah sanjungan Allah terhadap Nabi Muhammad di hadapan para malaikat-Nya. Sedangkan selawat malaikat itu adalah doa.

Dalam komentarnya terhadap tafsir Jalalayn tentang surah al-Ahzab ayat 56 (Allah telah melimpahkan kasih sayang dan meredai nabi-Nya. Para malaikat memanjatkan doa untuknya, maka wahai orang-orang yang beriman, panjatkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad). al-‘Arif al-Shawi menyatakan bahawa di dalam ayat tersebut tersirat satu dalil yang amat besar bahawa Rasulullah adalah tempat curahan rahmat dan makhluk yang paling utama secara mutlak. Qadi ‘Iyadh berkata, “Seluruh ulama telah sepakat, bahawa ayat ini menunjukkan pengagungan dan pujian terhadap Nabi yang tidak terdapat pada orang lain selain beliau.”
Banyak riwayat hadis menyebutkan bahawa seluruh makhluk mengucapkan selawat kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda. Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad berhenti di Baitulmaqdis melakukan solat dan berjemaah dengan semua nabi dan rasul. Nabi sebagai imam. Pertemuan tersebut diawali dan diakhiri dengan menyampaikan selawat kepada baginda sebagai tanda penghormatan tertinggi yang diberikan Allah kepada Nabi Muhammad.

Ketika Allah mewajibkan umat manusia untuk mencintai Nabi Muhammad , arahan tersebut jelas bukan satu perintah tanpa tujuan. Namun begitu, tujuan tersebut juga bukan sesuatu yang kepentingannya akan kembali kepada Allah atau Rasul-Nya. Dengan demikian, mencintai Rasulullah adalah satu perintah yang manfaatnya semata-mata untuk kepentingan manusia itu sendiri. Di antara manfaatnya, kita merasakan akan terpaut hati ini kepada peribadi Nabi Muhammad. Apabila kita jujur dalam mencintai Nabi Muhammad, maka akan terbit kerinduan terhadap baginda.

Hal demikian ini, akan membawa kita untuk mengetahui secara mendalam tentang diri baginda yang mencakupi aspek kehidupan peribadi, keluarga, hubungan sesama Muslim dan sebagainya. Justeru itu, apabila kita ingin mengetahui sejarah Nabi Muhammad, hendaklah ia diawali dengan rasa cinta terlebih dahulu. Di sinilah, kita akan mengetahui mengapa Allah mewajibkan mencintai Nabi Muhammad.

Kita memohon kepada Allah agar mengukuhkan keberadaan dan perjalanan hidup kita di jalan Rasulullah, menjadikan kita sebagai pengikut setia baginda, memberi kita kesempatan untuk meneguk air telaga kasihnya dan menghimpunkan kita di bawah panji kemuliaannya.

Justeru, perayaan Maulidur Rasul yang disambut saban tahun adalah di antara tanda kasih sayang dan rasa terima kasih kita terhadap Rasulullah. Selawat dan salam untuk baginda yang menyuluh jalan kita dengan syafaatnya

Saturday, April 08, 2006

KASINO TERBESAR ?????


ADAKAH ANDA TAHU SINGAPORE AKAN MEMBINA KASINO TERBESAR?


PUSAT KASINO TERBESAR...

GAMBARAN artis yang dikeluarkan semalam menunjukkan The Marina Bay Sands Integrated sebagai tapak utama pembinaan kasino terbesar di dunia seperti yang dicadangkan oleh Las Vegas Sands Corp. - Reuters.

Dalam usaha meningkatkan lagi industri pelancongan, Singapura mahu mendirikan kasino yang dilihat sebagai terbesardi dunia dalam tempoh terdekat ini.

Sebuah firma kasino terkenal, Las Vegas Sands Corp. yang juga firma kasino terbesar dunia, berkemungkinan mengumpulkan penjualan saham bernilai AS$1.44 bilion (RM5.33 bilion) untuk mendapatkan hak utama mendirikan kasino pertama di republik itu.

Sebuah panel khas yang terdiri daripada menteri-menteri kerajaan akan memilih pembida terbaik pada pertengahan tahun ini berdasarkan beberapa kriteria utama seperti seni bina bangunan, keberkesanan kepada sektor pelancongan dan jenis-jenis permainan yang bakal ditawarkan.

Inilah satu cabaran bagi ummat islam didunia ini bermacam2 perangcangan yahudi untuk menjatuhkan ummat islam diseluruh dunia, sebenarnya yahudi adalah kepala bagi segala pertubuhan bukan islam termasuk kristian . Kita mesti ingat dan tekun dalam menajalan dakwah dan juga berjuang kejalan yang benar, muhasabahlah kembali kehidupan kita semua semoag kita betul2 berada dalam landasan yang sebenarnya amin.......

ingat!!!!!! dunia akhir zaman



Friday, April 07, 2006

INGATLAH MUSLIMIN DAN JUGA MUSLIMAT

Untuk renungan dan ingatan kita bersama.
Wahai Muslimin dan Muslimat...
BERINGATLAH!! Hari qiamat sudah semakin hampir..... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6....tidak lebih daripada itu.
Wahai Muslimin Muslimat !! Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. MUKA TAK MALU!! Dabik dada saja mengaku sebagai Muslim, tapi HAMPEH...

Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya... JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)


Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja (SUDAH ADA
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan (SUDAH ADA)
3. Zakat dijadikan hutang (SUDAH ADA)
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) (SUDAH ADA)
5. Anak derhaka terhadap ibunya (SUDAH ADA)
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. (SUDAH ADA)
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya (SUDAH ADA)
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. (SUDAH ADA)
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. (SUDAH MULA DIPILIH)
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. (SUDAH ADA)
11. Arak sudah diminum secara berleluasa. (SUDAH ADA)
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) (SUDAH ADA)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung. (SUDAH ADA)
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan. (SUDAH ADA)
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). (SUDAH MULA KEDENGARAN)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wahai Muslimin Muslimat.... APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!! KEMBALILAH KEPADA ISLAM....JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH! Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!! Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini??
Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT.
Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!! TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!! HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!
Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan. Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH...apa yang kalian dah buat??
Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM?
Mengaku saja diri kalian sebagai Muslim....memang muka tak malu!!
Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!!

Bagi para Muslimin...DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH....Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI??

Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu....DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama. Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.

TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN...WAJIB. PENDAPAT SAYA YG X ALIM SGT AGAMA NIH --> DR BERITA YG KITA DGR, BACA, TONTON.... SUDUT BUMI (TERUTAMA D TMPT KEJADIAN, SUMATERA)... TELAH 'LARI' SEBANYAK 20-40 METER... KE ARAH SELATAN... TIDAKKAH KITA SEDAR... ITU MERUPAKAN PETUNJUK.... YG ARAH KIBLAT AKAN BERUBAH... DAH AKHIRNYA KITA SMBYG 'TERBALIK ARAH ' DARI SEKARANG... MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH YG LAIN... SO, NI BUKAN TANDA2 BESAR KIAMAT DI AKHIR ZAMAN? SEMPATKAH KITA BERTAUBAT? DITERIMAKAH ALLAH TAUBAT 'LAST MINUTE' KITA YG AMAT JAHIL NI? sekadar peringatan manusia akhir zaman yg masih menyedut udara ALLAH!
Wallahua'lam bisshawab

SIAPAKAH IMAM SYAFIE RAHIMAHULLAHU TAA'LA


Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris.

Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.
Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 hanya. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.


Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun lah-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan daripada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau. “Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.â€‌ Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.â€‌ “Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.â€‌ Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?â€‌ Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullahâ€‌آ


kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati tuanku sendiri.

Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud: “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata:“Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang tuanku telah menjadi khalifah, jawapan salam tuanku tadi membuat hati saya menjadi aman.Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun lah Rashid bertanya kembali:“Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.
Saya tidak dapat menjawab pertanyaan tuanku dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu. Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.â€‌“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada tuanku itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan tuankulah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana tuanku adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah.Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.Demikian jawab Imam Syafie. Baginda Harun lah Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

APKAH ITU????


APA ITU TABLIGH ?

Memandangkan ada sahabat ana yang tertanya-tanya tentang tabligh, sudilah ana untuk berkongsi sedikit pengetahuan untuk menghilangkan keraguan para sahabat.
Jemaah Tabligh merupakan antara jamaah Islam yang terbesar di dunia. Mereka bukan sahaja sanggup keluar berbulan-bulan untuk berdakwah, bahkan mereka sentiasa berusaha untuk mengikut sunnah nabi dan menerapkan ukhuwwah sesama mereka.
Manakala dari segi kesesatannya juga ada kebenarannya. Bagi sesetengah ahli jamaah Tabligh, mereka terlalu taksub sesama mereka sehingga mereka mengatakan sesiapa yang tidak mengikut jemaah Tabligh maka belum sempurna imannya.

Konsep dalam jamaah Tabligh juga adakalanya menyalahi manhaj yang kita pelajari "baikilah diri kamu dan serulah orang lain" (mungkin mereka ada sandaran mereka sendiri) iaitu mereka lebih mementingkan dakwah daripada menuntut ilmu. Perkara ini menyebabkan ramai orang jahil di dalam jamaah berani bercakap tentang agama yang mereka tidak mengetahui sehingga berlaku banyak kesalahan dalam berdakwah. Bertepatan dengan ini, mungkin qadhiah masyarakat Sabah tidak sesuai menyertai Tabligh kerana kebanyakan masyarakat Sabah adalah orang jahil yang mana jika mereka menyertai jemaah ini mungkin akan menambah kesesatan mereka keran kurangnya asuhan ilmu di riba jamaah Tabligh. Ini hanyalah sebahagian daripada perilaku ahli jamaah dan kita tidak menafikan sumbangan mereka kepada Islam. Mereka berjaya melahirkan ramai Huffaz dan pencinta sunnah nabi s.a.w. Apa-apapun, kita jangan mudah menghukum sesama Islam dan sekalipun kita ingin mengkritik, hendaklah kita akui peranan dan jasa sesebuah pertubuhan Islam tersebut.

Wednesday, April 05, 2006

40 hadi akhir zaman


40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa
1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."H.R. Abu Daud dan Tirmizi KeteranganHadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu: Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw. Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti. Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).
2. KENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN
Ertinya:Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak". H.R. Bukhari Muslimi KeteranganHadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang shaleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu. Dalarn hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.
3. SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM
Ertinya:Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud KeteranganMemang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt. Kitaa berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
4. ILMU AGAMA AKAN BERANSUR-ANSUR HILANG
Ertinya:Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." H.R. Muslim KeteranganSekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat herlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Scbenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai. Di ahir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.
5. GOLONGAN ANTI HADITH
Ertinya:Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku maka ia berkata : "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi saw. melanjutkan sabdanya, "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt." H.R. Abu Daud KeteranganLelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran. Ia hanya percaya kepada alQuran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahani al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi saw.. AI-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil. OIeh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi saw.
6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:Daripada Mughirah bin Syu' bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya". H.R. Bukhari KeteranganAllah swt. telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin dipermukaan bumi ini. Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini. Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi'ar-syi'ar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi'ar-syi'ar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat
7. ISLAM KEMBALI DAGANG
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".H.R. Muslim KeteranganIslam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam
8. BAHAYA KEMEWAHAN
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".H.R. Termizi KeteranganDalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat. Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)". Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
9. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".H.R. Bukhari Muslim KeteranganHadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka
10. SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Ertinya:Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya. "Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi." "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya'ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". H.R. Bukhari Muslim KeteranganHadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula. Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.
11. ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAKErtinya:Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". H.R. Thabrani KeteranganDi antara tanda-tanda qiamat ialah: Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka. Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.
12. DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".H.R. Baihaqi KeteranganBenar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.
13. DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".H.R. Muslim KeteranganKebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
14. ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".H.R. Muslim KeteranganDi zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.
15. HARTA RIBA' WUJUD DI MERATA TEMPAT
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya".H.R. Ibnu Majah KeteranganHadis sabdaan Rasulullah saw. ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini.
16. ORANG MEMINUM KHAMAR DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR
Ertinya:Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".H.R. Ibnu Majah KeteranganMaksudnya, akan ada di kalangan orang Islam ini yang meminum khamar dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukanlah khamar. Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan atau yang dapat menghilangkan dahaga. Mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ia bukan khamar, tetapi sebenamya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'. Kemudian, menjadi kelaziman pula, suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis-artis kenamaan. Rasulullah saw. menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada bentuk kera atau babi. Sangat benar sabdaan Junjungan Besar Nabi saw. ini. Gempa bumi demi gempa bumi yang berlaku di beberapa tempat di dunia ini sebagai satu seksaan daripada Allah swt. dan jikalau golongan ini belum sampai keperingkat diubah bentuk badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.1
7. SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN
Ertinya:Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."H.R. Bukhari Muslim KeteranganNabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan. Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki. Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki
18. HAMBA MENJADI TUAN DAN TERBINANYA BANYAK BANGUNAN YANG MENCAKAR LANGIT
Ertinya:Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …………kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".H.R. Muslim KeteranganDi antara tanda qiamat ialah, bila hamba melahirkan tuannya. Maksudnya akan banyak bilangan hamba yang kemudiannya akan digauli oleh tuannya dan melahirkan anak. Maka anak ini adalah berpangkat ayahnya, iaitu sebagai tuan kepada ibunya sendiri. Ada juga sebahagian yang memberikan pandangan, bahawa contoh ini alalah merupakan simbolik kepada suasana yang sudah terbalik, di mana hamba menguasai tuan, bukan sebaliknya. Jadi pemikiran manusia sudah terbalik, di mana yang baik dikatakan jahat dan yang sebenarnya jahat dikatakan baik. Tanda kedua pula bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Ada pula yang mentafsirkan bahawa yang dimaksudkan adalah orang yang miskin pada akhir zaman akan menjadi kaya dengan mengejut sehingga yang pada waktu kelmarin masih sahaja tidak berkasut , tiba-tiba pada hari ini ia sudah dapat membuat bangunan yang indah-indah dan sangat mewah.
19. UMAT ISLAM MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI
Ertinya:Daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka". H.R. Muslim KeteranganUmat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "carahidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.
20. PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya:Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".H.R. Hakim KeteranganPenyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya. Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ
Ertinya:Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".H.R. Ibnu Ady KeteranganNabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan. Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
22. ORANG YANG BERPEGANG DENGAN AGAMANYA SEPERTI MEMEGANG BARA API
Ertinya:Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api".H.R. Tirmizi KeteranganYang dimaksudkan di sini ialah zaman yang sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.
23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".H.R. Ibnu Majah KeteranganZaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.
24. PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".H.R. Ibnu Majah KeteranganRealiti dunia hari ini membuktikan kebenaan sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatberlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri.Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.
25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT
Ertinya:Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". H.R.Termizi Keterangan Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.
26. MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI
Ertinya:Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". H.R.Baihaqi Keterangan Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.
27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; "Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai". H.R.Muslim Keterangan Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya. Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.
28. UJIAN DAHSYAT TERHADAP IMAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. H.R.Muslim Keterangan Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujiaan terhadap iman seseorang diakhir zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir diwaktu petang. Begitu pula dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir. Begitu pantas dan cepat perubahan yang berlaku. Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu malam atau satu hari sahaja, sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, "kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt. dengan ilmu". Mudah-mudahan Allah swt. menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya, sehingga dengan itu Allah Swt. akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.
29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA
Ertinya:Daripada Ma'qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:" Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku". H.R.Muslim Keterangan Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah swt. di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw. tadi.
30. PEPERANGAN DI KAWASAN SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; 'Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu". Di dalam riwayat lain ada disebutkan; "Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu". H.R.Bukhari Muslim Keterangan Hadis ini jelas sekali menerangkan bahawa di kawasan Iraq dan disekitarnya akan berkobar peperangan yang berpunca dari merebutkan kekayaan yang ada di sana dan ramai yang terkorban dan masing-masing pihak bercita-cita seandainya merekalah yang terselamat.
31. KETIADAAN IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH
Ertinya:Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".H.R.Ibnu Majah Keterangan Walau pun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. tadi, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syari'at. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi.
32. ULAMA TIDAK DIPEDULIKAN
Ertinya:Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya)." .H.R Ahmad Keterangan Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw. ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para Ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.
33. ISLAM NAMA SAHAJA
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".H.R al-Baihaqi Keterangan Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.
34. AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT
Ertinya:Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). H.R Ibnu Majah
35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu: Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan. Zakat dijadikan hutang. Suami memperturutkan kehendak isteri. Anak derhaka terhadap ibunya, Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki). Para artis-artis disanjung-sanjung. Muzik banyak dimainkan. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".H.R Termizi Keterangan Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
Ertinya:Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah: Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ". H.R Ibnu Majah Keterangan Hadis di atas rnenerangkan bahawa: Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan. Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan. Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat. Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt. Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukumhukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.
37. BILAKAH AKAN TERJADI KEHANCURAN
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka Nabi saw. pun meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, "Beliau (Nabi) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai Rasulullah". Maka Nabi saw. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi saw. menjawab, "Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat". H.R Bukhari Keterangan Pada hari ini banyak urusan telah diserahkan kepada yang bukan ahlinya, sedangkan orang yang layak untuk menjalankan urusan tersebut tidak diberi peluang yang sewajarnya. Ini bermakna saat kehancuran tidak lama lagi akan terjadi.
38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Ertinya:Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".H.R Abu Daud Keterangan Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.
39. MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi Keterangan Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orangorang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasanalasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri. Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
40. GOLONGAN YANG SELAMAT
Ertinya:Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, "Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah). H.R Ibnu Majah Keterangan Yang di maksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yang tetap berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sababat dan salafus-shaleh, atan pun yang diistilahkan oleh para ulama dengan golongan "Ahlus Sunnah wal Jamaah". Selain dari golongan ini adalah sesat dan akan menjadi penghuni neraka.41. LAHIRNYA IMAM MAHADIErtinya:Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku". H.R Termizi Keterangan Hadis ini menerangkan kepada kita bahawasanya dunia ini tidak akan qiamat sehinggalah bangsa Arab dan juga bangsa Ajam dikuasai oleh seorang lelaki keturunan Rasulullah saw., iaitu Imam Mahdi. Ia akan melaksanakan keadilan di permukaan bumi ini dan akan diikuti oleh seluruh kaum muslimin. Ia akan memerintah selama tujuh tahun. Kemudian keluarlah Dajal dan turun pula Nabi Isa 'alaihis salam, dan Nabi Isalah yang akan membunuh Dajjal itu. Menurut kebanyakan ulama, Imam Mahdi akan lahir disaat umat Islam berpecah-belah dan dimasa pemerintahannya semua umat Islam akan bersatu dan berjaya menundukkan seluruh bangsa yang ada di dunia ini dbawah kekuasaan Islam. 42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESARErtinya:Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya'juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". H.R Muslimi Keterangan Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".